Pengenalan
Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.
Jenis-Jenis Frasa
- Frasa Nama
- Frasa Kerja
- Frasa Adjektif
- Frasa Sendi Nama
Frasa Nama
Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Ia adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu dan mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.
Frasa nama (FN) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan. Contoh FN yang didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan ialah (1) yang berikut.
(1) contoh:
- a. Seorang pelajar.
- b. Tiga ekor kucing.
- c. Sepuluh buah rumah.
Dalam (1), FN “pelajar” (1a), “kucing” (1b) dan “rumah” (1c) masing-masing didahului oleh kata bilangan “se”, “tiga” dan “sepuluh”, dan penjodoh bilangan “orang”, “ekor” dan “buah”.
Ciri lain FN ialah ia boleh diikuti oleh kata tunjuk. Contoh FN yang diikuti oleh kata tunjuk ialah (2) yang berikut.
(2) contoh:
- a. Pelajar itu.
- b. Tiga ekor kucing ini.
- c. Sepuluh buah rumah itu.
Dalam (2), FN “pelajar” (2a), “tiga ekor kucing” (2b) dan “sepuluh buah rumah” (2c) masing-masing diikuti oleh kata tunjuk “itu” dan “ini”.
Mengenai kehadiran kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata tunjuk ini, tiga perkara perlu diberi perhatian. Pertama, kata bilangan “se” (satu) mesti disertai oleh penjodoh bilangan (3a-c) tetapi tidak demikian halnya dengan kata bilangan lain (4a-c).
(3) contoh:
- a. Seorang pelajar.
- a’. *Satu pelajar.
- b. Seekor kucing.
- b’. *Satu kucing.
- c. Sebuah rumah.
- c’. *Satu rumah.
- Frasa Kerja
- Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan,benda dan unsur abstrak. Ia adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Ia mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.
- Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam). Contoh FK yang didahului oleh kata bantu ialah (1a-d) yang berikut.1. Contoh:
- a. akan tidur
- b. sedang menonton televisyen
- c. hendak makan
- d. suka membaca
Dalam (1), FK “akan tidur” (1a), “sedang menonton televisyen” (1b) masing-masing didahului oleh kata bantu aspek “akan” dan “sedang”. FK “hendak makan” (1c) dan “suka membaca” (1d) pula masing-masing didahului oleh kata bantu ragam “hendak” dan “suka”.FK boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif. Perbezaan antara kedua-duanya ialah FK tak transitif (2-ac) tidak mempunyai objek sementara FK transitif (3a-c) sebaliknya.2. Contoh:- a. Bayi itu menangis.
- b. Dia sudah keluar.
- c. Mereka sedang bermain.
3. Contoh- a. Ali membaca buku motivasi.
- b. Siti menggulai kopi.
- c. Mereka memasuki bangunan itu.
“Menangis” (2a), “sudah keluar” (2b) dan “sedang bermain” ialah FK tak transitif kerana masing-masing tidak mempunyai objek. “Membaca” (3a), “menggulai” (3b) dan “memasuki” (3c) ialah FK transitif kerana masing-masing mempunyai objek, iaitu “buku motivasi”, “kopi” dan “bangunan itu”.Perbezaan lain ialah FK transitif boleh dipasifkan manakala FK tak transitif. - Frasa Adjektif
- Frasa adjektif ialah satu daripada empat kategori frasa bahasa Melayu. Frasa ini dapat berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa kerja dan penerang frasa nama.
- Definisi dari segi binaan - Binaan/struktur yang mengandungi satu atau beberapa perkataan dengan kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya (perkataan utama).Definisi dari segi fungsi - satu atau beberapa perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sifat/keadaan/warna manusia, haiwan, benda, peristiwa dan unsur abstrak.
- Siti pandai.
- Siti sangat pandai.
Boleh didahului / diikuti oleh kata / imbuhan penguat.- Sangat pandai
- Paling pandai
- Terpandai
- Sungguh pandai
- Pandai sungguh
- Indah nian
- Pandai sekali
- Frasa Sendi Nama
- Satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.
nice
ReplyDelete